Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

Memorandum Persefahaman UiTM dan Asia e University

23 Disember - Majlis memeterai memorandum persefahaman akan disempurnakan oleh Y Bhg Dato’ Naib Canselor, UiTM bersama Y Bhg Dato’ Dr Ansary Ahmed, Presiden Merangkap CEO Asia e University.

Turut menandatangani dokumen sebagai saksi ialah Y Bhg Prof Madya Dr Mohd Sazili Shahibi, Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat serta Y Bhg Prof Dr Hairudin Harun, Timbalan Presiden, Asia e University.

Memorandum persefahaman antara FPM dengan AEU ini meliputi merangkumi perkara-perkara seperti berikut;

1.Mengadakan kerjasama projek pembangunan dan penyelidikan (R&D) dalam aktiviti penglibatan kursus-kursus pembangunan sistem maklumat.
2.Membangunkan modul latihan lanjutan dalam bidang sistem Perpustakaan.
3.Menganjurkan program-program yang berkaitan dengan penggunaan sistem maklumat.
4.Penempatan pelajar atau pensyarah untuk latihan industri di AEU.
5.Berkongsi ilmu pintar dan khidmat rundingan dalam pembangunan kursus-kursus dalam bidang sistem maklumat.

Download Template Joomla 3.0 free theme.