Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

Bengkel EPrints: Pembangunan Sistem Repositori Institusi

Sesebuah organisasi amatlah digalakkan untuk mewujudkan repositori institusi masing-masing kerana setiap tahun maklumat dalam pelbagai format dihasilkan terlalu banyak. Oleh yang demikian, Fakulti Pengurusan Maklumat telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan bengkel ini bagi mengajar profesional maklumat dalam pengurusan maklumat yang dihasilkan melalui pembangunan repositori institusi. Maklumat tersebut dapat diuruskan secara digital dan dapat diakses dengn mudah dan cepat.

TUJUAN PROGRAM

  1. Meningkatkan pengetahuan dan memantapkan kemahiran yang dimiliki oleh peserta dalam pembangunan sistem repositori.
  2. Memberi pendedahan yang lebih komprehensif dan terkini mengenai sistem repositori EPrints (Open Source Eprints).
  3. Membangunkan sistem repositori institusi untuk organisasi masing-masing.
  4. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan pengurusan sumber digital melalui sistem repositori.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM

  1. Peserta mendapat pendedahan dan mengetahui sistem repositori yang terkini, yang digunapakai oleh institusi-institusi akademik
  2. Peserta mampu melaksanakan proses pemasangan sistem Eprints.
  3. Peserta dapat didedahkan dengan pengurusan sumber digital.

MAKLUMAT PROGRAM

  1. Nama Program : Bengkel EPrints: Pembangunan Sistem Repositori Institusi
  2. Penceramah : Encik Muizzudin Bin Kaspol
  3. Peserta : Pustakawan & Profesional Maklumat (seluruh Malaysia)
  4. Tarikh : 18 & 19 April 2017
  5. Tempat : Makmal Komputer, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM
  6. Bilangan Peserta : 30 orang sahaja
  7. BAYARAN: RM550.00
  8. MUATURUN BROSUR

TARIKH AKHIR PENDAFTARAN ADALAH 11 APRIL 2017.


Download Template Joomla 3.0 free theme.