Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

Pelantikan Dekan Yang Baharu dan Penghargaan Kepada Mantan Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat

Dimaklumkan bahawa pihak Universiti telah bersetuju melantik YBhg. Profesor Dr. Sohaimi bin Zakaria sebagai Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat yang baharu berkuatkuasa mulai 01 Jun 2017. Tahniah diucapkan kepada YBhg. Profesor Sohaimi bin Zakaria di atas pelantikan ini dan diharapkan agar YBhg Profesor/ Tuan/ Puan Warga Fakulti Pengurusan Maklumat memberikan kerjasama yang penuh serta sokongan yang padu kepada beliau sepanjang menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan, demi mencapai aspirasi Fakulti dan UiTM.
 
Pihak Fakulti juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mantan Dekan iaitu Profesor Madya Dr. Mohd Sazili Shahibi di atas kepimpinan, sumbangan dan jasa bakti beliau sepanjang dua (2) tahun menerajui Fakulti ini demi mencapai aspirasi meletakkan Fakulti berada di prestasi yang membanggakan sama ada dari segi pencapaian akademik, penyelidikan dan penerbitan.
 
Sekian, dimaklumkan.  Terima kasih.
 
Yang benar
 
NOOR FARAH ZAITI MOHD ZAIDON
Penolong Pendaftar Kanan (Pentadbiran)

Download Template Joomla 3.0 free theme.