Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

3rd International Conference on Information Science (ICIS) 2017

Program: 3rd International Conference on Information Science (ICIS) 2017

Tarikh: 12 - 13 Ogos 2017

Tempat: Langkawi, Malaysia

Satu persidangan antarabangsa iaitu “3rd. International Conference on Information Science” telah berjaya diadakan di Seaview Hotel, Pulau Langkawi, pada 11 – 12 Ogos 2017. Persidangan ini telah dianjurkan secara kerjasama di antara Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM), IPN Education Group dan Universitas Airlangga, Indonesia.

Sebanyak 55 kertas kerja telah diterima, 12 kertas kerja telah ditolak disebabkan ketidaksesuaian topik dengan tema persidangan dan juga terdapat pembentang yang menarik diri. 43 surat penerimaan dan jemputan membentang kertas kerja telah dikeluarkan dan 39 daripadanya telah menerima jemputan dan telah membentangkan kertas kerja mereka pada persidangan tersebut. Kesemua kertas kerja akan diterbitkan di dalam salah satu daripada Jurnal Scopus, ISI atau ERA seperti berikut:

  1. Advanced Science Letters  ISSN: 1936-6612: EISSN: 1936-7317,
  2. International Journal of Applied Engineering Research (IJAER) (ISSN: 0973-4562),
  3. Journal of Informatics and Mathematical Sciences (JIMS)   ISSN: 0974-875X; EISSN: 0975-5748
  4. International Journal of Advanced and Applied Sciences (IJAAS) EISSN: 2313-3724; ISSN:2313-626X,
  5. World Applied Sciences Journal (WASJ) (ISSN: 1818-4952)
  6. Journal of Informatics and Mathematical Sciences (JIMS)  ISSN: 0974-875X; EISSN: 0975-5748

Persidangan ini telah mencapai objektif yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Perkongsian maklumat (idea, ilmu dan teknologi) terkini di era globalisasi sebagai usaha penjenamaan semula fakulti sebagai proses menentukan hala tujunya di masa hadapan
  2. Mempelopori pemahaman dan penemuan baru ke arah inovasi dalam mengharungi cabaran globalisasi dan teknologi serta menjadi teras hala tuju fakulti.
  3. Memantapkan profesionalisme para akademik, pelajar dan masyarakat sejajar dengan perkembangan era globalisasi dan teknologi.

 

Download Template Joomla 3.0 free theme.