Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

3RD REGIONAL WORKSHOP ON SCHOOL LIBRARIES IN SOUTH EAST ASIA: A WAY FORWARD

3RD REGIONAL WORKSHOP ON SCHOOL LIBRARIES IN SOUTH EAST ASIA: A WAY FORWARD adalah anjuran Fakulti Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, MARA, PPAS dan The Alice Smith International School. Ia telah berlangsung selama 2 hari iaitu dari 2 hingga 3 Oktober 2017 di Hotel Ancasa Kuala Lumpur.

Program ini telah berjaya mengumpulkan seramai 124 orang peserta dari negara-negara ASEAN seperti negera Singapura, Indonesia,Thailand, Myanmar dan Malaysia yang terlibat dengan pengurusan pusat sumber sekolah, guru media, pustakawan dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bidang ini.

Sambutan dari para peserta adalah sangat menggalakkan. Pada hari pertama program adalah pembentangan amalan bijak dari wakil setiap negara ASEAN dan Malaysia. Hari Kedua pula adalah bengkel yang membincangkan topik terkini dalam bidang ini. Secara keseluruhannya, mengikut analisa laporan maklumbalas, para peserta sangat berpuas hati dengan penganjuran program yang julung kali diadakan di Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada semua yang membantu secara langsung dan tidak langsung bagi menjaya kan program ini.

 

Download Template Joomla 3.0 free theme.