Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang suasana pembelajaran di luar negara. Selain dari itu juga, pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang perkembangan dan pembangunan bidang pengurusan maklumat dan pengetahuan di Thailand. Program ini pada asalnya adalah “Kembara Ilmu Dan Eksplorasi Melbourne 2017”. Namun begitu, disebabkan kekangan kewangan, ianya ditukar kepada “Kembara Ilmu Dan Eksplorasi Bangkok 2017 (18-22 Oktober 2017)”. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam program ini selaras dengan tentatif yang telah dilakar. Alhamdulillah, dengan izin Allah semua program berjalan dengan baik dan lancar. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti lawatan akademik ke Ramkhamhaeng University. Pada peringkat awal, lawatan tersebut adalah melibatkan aktiviti perjumpaan bersama kakitangan akademik serta pelajar dan diikuti lawatan sekitar Ramhamhaeng University. Namun begitu, pihak pengurusan mencadangkan agar ianya turut disertakan sesi mini kolokium dimana pelajar pascasiswazah diberi peluang membentangkan cadangan penyelidikan mereka. Pihak Ramkhamhaeng juga telah menjemput panel-panel dari Universiti-Universiti disekitar Bangkok untuk menjadi panel. Alhamdulillah, aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengalaman membentang kertas cadangan di luar negara dan seterusnya mendapat maklumbalas yang berguna untuk penyelidikan mereka.

Gambar-gambar di bawah menerangkan secara sepintas lalu tentang aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung.

Pelajar dan peserta berada di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2, menanti kapal terbang untuk ke Lapangan Terbang Don Mueang, Bangkok, Thailand 

 

Perjalanan ke Ramkhamhaeng University, Bangkok, Thailand

 

Ketibaan di Ramkhamhaeng University

 

Sesi pendaftaran bagi peserta Mini Kolokium

 

Ucapan pembukaan oleh pengacara majlis

 

Ucapan meraikan pihak UiTM daripada Dekan Fakulti Kemanusiaan Ramkhamhaeng University

 

Penyampaian cenderahati daripada pihak UiTM kepada pihak Ramkhamhaeng University

 

Pembentang Utama (keynote) oleh  Dr Suwan dari Thammasat University

 

Pembentangan daripada peserta pertama kolokium dari UiTM, Farah Nabilah

 

 Pembentangan oleh pelajar PhD UiTM, Khairul Duan

 

Para peserta Mini Kolokium UiTM

 

Bersama panel jemputan di Mini Kolokium, Assc. Prof. Dr. Wawta Techataweewan dari Srinakharinwirot University

 

Pelajar juga diberi kesempatan masa untuk melawat Thailand Creative and Design Center (TCDC). TCDC berperanan sebagai pusat sumber maklumat yang menawarkan 'hiburan intelektual', sumber inspirasi masyarakat Thai dengan kreativiti melalui proses pembelajaran antarabangsa. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti pameran, ceramah dan bengkel yang mencetuskan kreativiti dalam pelbagai dimensi. Ini adalah merupakan asas pembangunan sumber manusia negara Thailand.

 

Lawatan ke Thailand Creative and Design Center (TCDC)

 

Pencarian buku di Thailand Creative and Design Center (TCDC)

 

Selain itu, pelajar turut diberi peluang untuk ke Thailand Knowledge Park (TK Park). TK Park adalah sebuah pusat maklumat yang mempunyai lebih daripada satu konsep, ia adalah prototaip untuk perpustakaan moden. 

 

Perkongsian maklumat mengenai Thailand Knowledge Park

 

Perkongsian maklumat mengenai multimedia di Thailand Knowledge Park

Seterusnya, pelajar-pelajar dibawa ke Perpustakaan Negara Thailand. Fungsi utama Perpustakaan Negara Thailand adalah mengumpul, menyimpan, memelihara, dan menganjurkan semua harta intelek negara tanpa mengira medium. Antara koleksi yang disimpan adalah seperti manuskrip Thai, prasasti batu, daun palma, buku tradisional Thailand, dan penerbitan bercetak serta bahan audio-visual dan sumber digital. Perpustakaan adalah sumber maklumat nasional Thailand.

 

Penerangan mengenai manuskrip di National Library of Thailand

 

Koleksi buku mengenai negara lain yang disimpan di National Library of Thailand

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kesemua ahli-ahli Information Management Postgraduate Society (IMPS) yang telah menyertai program ini. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperolehi dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya pada masa hadapan.

Download Template Joomla 3.0 free theme.