Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

 

Era pasca pilihanraya umum ke-14 telah memperlihatkan negara telah beralih ke satu era yang mana perhatian dan tuntutan rakyat kian tinggi terhadap tranparensi dan akauntabiliti pemimpin dan organisasi terutamanya sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Dunia digital dengan penggunaan media sosial yang sangat meluas dan sebaran maklumat yang pantas memberikan satu fenomena dan cabaran kepada pemimpin dan organisasi  sama ada di sektor awam mahupun sektor swasta.  Pemimpin perlu memastikan ketelusan yang hendak dipamerkan akhirnya meningkatkan tahap kepercayaan rakyat terhadap integriti korporat, profesionalisme dan kecekapan pentadbiran serta kualiti perkhidmatan mereka. 

Menyedari situasi ini, Fakulti Pengurusan Maklumat dan Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI), Universiti Teknologi MARA mengambil inisiatif menganjurkan  Symposium and Master Class on Information Governance and Risk Management in the Digital Age pada 2 dan 3 Oktober di Institut Integriti Malaysia. 

Program yang dirasmikan oleh Datuk Dr Anis Yusal Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah, Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional ini bertujuan memupuk kesedaran agar governans maklumat dapat dilaksanakan dalam semua organisasi kerana ledakan maklumat kemunculan IoT, IR4.0,  data raya (big data), data analitics dan cloud computing menyebabkan kita sukar membezakan yang mana satukah maklumat yang betul dengan yang palsu.  Organisasi pula menghadapi kesukaran untuk mengekang kebocoran maklumat kerana pelbagai peranti boleh digunakan untuk mengambil dan menyebarkan data dan maklumat.  Di samping itu, risiko ancaman siber juga perlu ditangani agar maklumat sulit dan korporat organisasi sentiasa terpelihara.  Program ini turut dihadiri oleh Dato’ Dr Amirudin Abd Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, Encik Novie Tajudin, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Institute of Certified Public Accountants dan Encik Wan Rushaidi Imran Wan Abd Razak, Pengarah Assuring Group sebagai ahli panel forum yang dipengerusikan oleh Profesor Dr Sohaimi Zakaria, Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM.  Pengerusi simposium, Profesor Madya Dr Azman Mat Isa menyatakan bahawa para peserta program sangat berpuas hati dengan sesi master class yang dianjurkan kerana ia memberikan kefahaman tentang bagaimana sinergi governans maklumat dan pengurusan risiko membolehkan organisasi lebih tranparens, lestari dan berdaya saing.

Ahli panel forum Symposium and Master Class on Information Governance and Risk Management in the Digital Age. Dari kiri Prof Dr Sohaimi Zakaria, Dato Dr Amirudin, En Novie Tajuddin dan En Wan Rushaidi Imran.

Para peserta tekun mendengar sesi forum yang berlangsung

Moderator dan ahli panel forum (kiri): Prof Dr Sohaimi Zakaria, Dato Dr Amirudin, En Novie Tajuddin dan En Wan Rushaidi Imran.

Download Template Joomla 3.0 free theme.