Sempena Hari Ulang Tahun Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kali ke-81 pada 13 Julai 2019, telah dilaksanakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri dimana salah seorang alumni UiTM iaitu Puan Sharimah Binti Salleh, Pengarah Perpustakaan Awam Pulau Pinang telah dikurniakan pingat Bintang Cemerlang Negeri (B.C.N)

Bintang ini dizahirkan pada tahun 1996 dan ianya dikurniakan kepada penjawat dalam Perkhidmatan Awam yang telah melaksanakan perkhidmatan dengan cemerlang dan perkhidmatan tersebut telah memberi sumbangan terhadap kemajuan, perkembangan dan keselamatan negeri.