Tahniah dan syabas diucapkan diatas usaha i-Rec dengan  kerjasama persatuan- persatuan dalaman Fakulti Pengurusan Maklumat dalam menjayakan program Rewang Perdana Bubur Lambuk 2019. Program berlangsung pada hari ini iaitu 21 Mei 2019 dan bertempat di Ruang bersebelahan kafeteria Fakulti Pengurusan Maklumat, Puncak Perdana.

Program ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi bulan Ramadhan dan mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pensyarah dan mahasiswa kampus Puncak Perdana ini. Semoga usaha murni dalam menjayakan aktiviti rewang ini sentiasa berterusan dan mendapat keberkatan serta sebaik-baik balasan daripada Allah S.W.T.

Terima kasih atas kerjasama dan sumbangan semua...