26 Mei 2019 adalah hari yang bersejarah untuk Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana apabila tujuh (7) alumni FPM yang terdiri daripada staf Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) yang diketuai oleh Puan Sharimah Salleh, Pengarah PPAPP telah menyumbang tenaga dan kos untuk menjenamakan dan mereformasikan Bilik Seminar Fakulti Pengurusan Maklumat.

Usaha murni selama dua (2) hari (cuti hujung minggu pada 25-26 Mei 2019) tersebut telah dimanfaatkan sebaik mungkin oleh alumni berkenaan untuk melaksanakan kerja-kerja mengecat, menghias dan mencantikkan Bilik Seminar FPM yang berkeluasan 60 kaki x 40 kaki dengan menggunakan sumbangan peribadi bagi menyediakan keperluan peralatan dan bahan yang diperlukan.

 Sehingga kini, Bilik Seminar FPM digunapakai untuk pelaksanaan kuliah dan juga penganjuran majlis-majlis rasmi FPM.

 

 

Antara alumni FPM yang terlibat dalam usaha murni dan prihatin ini adalah :

1. Puan Sharimah binti Salleh, Pengarah PPAPP (Alumni Tahun 1988-1991)

2. Puan Azizah binti Zainon
Pustakawan PPAPP (Alumni IS220 Tahun 2002 - 2005),

3. Encik Shariful Nahar bin Mat Saad, Pustakawan PPAPP (Alumni IS221 - Tahun 1999 - 2001)

4. Cik Norma binti Abdullah @ Omar, Penolong Pustakawan Kanan PPAPP (Alumni LS20 Tahun 1996 - 1999)

5. Encik Ahmad Zaini Efffandy bin Mat Yusop, Penolong Pustakawan Kanan (Alumni IS220 Tahun 2003 - 2006)

6. Cik Ummil Khairiyah binti Azhar (Alumni IS220 Tahun 2006 - 2008)

7. Muhammad Hanafi bin Ibrahim (Alumni IS223 Tahun 2007 - 2010).

Seluruh warga fakulti mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan bakti berkenaan dan berharap agar ia membawa manfaat yang besar kepada staf dan pelajar fpm.

Dari Prai ke Puncak Perdana 
Singgah membeli di kedai Pak Uda
Budi tuan/puan tidak terhingga
Semoga kebaikan mendapat rahmatNya


Juhaida Abd Aziz
Penyelaras Komunikasi Korporat FPM
26 Mei 2019